PERATURAN AM



Peraturan Am Surau Al-Madinah SMK Sri Kota, Taiping


1.  Pengurusan  Surau Al-Madinah  ini  dikelolakan  oleh  Jawatankuasa  yang  dilantik  oleh  pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan.

2.  Surau  ini  hendaklah  digunakan  sebagai  tempat  mengerjakan  ibadat  solat, melaksanakan amali pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti-ativiti pendidikan serta kemasyarakatan.

3.  Semua  Jemaah  dikehendaki  menjaga  kebersihan  dan  keceriaan  surau  serta memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

4.  Sebarang  barang  dan  peraalatan  surau  hendaklah  dijaga  dengan  selamat  dan tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.

5.  Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam surau ini perkara-perkara berikut:-

v  Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya. 

v  Bahan-bahan  dan  gambar  lucah,  majalah-majalah  hiburan  dan  penerbitan yang berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat. 

v  Makanan dan minuman

6.  Tidak dibenarkan menampal  bahan-bahan penerbitan, poster atau  risalah tanpa mendapat kebenaran dan keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa Surau Al-Madinah.

7.  Tidak  dibenarkan  menjadikan  surau  tempat  melepak,  menyalin  atau  menukar pakaian dan seumpamanya.

8.  Semua  Jemaah  dikehendaki  mejimatkan  penggunaan  elektrik  dan  air  serta memastikan suis-suis lampu,kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan