Jumaat, 2 Jun 2017

AKTIVITI TAHUNAN - 2017 - APRIL - CERAMAH ISRAK MIKRAJ



Pada 21 hb April 2017, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Ceramah Israk Mikraj 1438 Hijriah.

Majlis bermula mulai jam 7.30 pagi itu mensasarkan semua pelajar-pelajar Islam sidang pagi. Majlis turut dihadiri semua guru-guru Islam.

Majlis diisi dengan ceramah yang disampaikan sendiri oleh Pengetua SMK Sri Kota, Taiping, Puan Naemah binti Ramli.

Objektif utama program ini adalah untuk memahami sebab dan hikmah daripada peristiwa Israk Mikraj.

Selain itu ia dapat menginsafkan para pelajar Islam tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. 

Ia juga dapat menimbulkan keinginan untuk beramal soleh dan meninggalkan perkara maksiat apabila kisah-kisah keindahan syurga serta peritnya azab neraka disampaikan di dalam ceramah tersebut.

Majlis berakhir pada jam10.00 pagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan