Isnin, 14 Ogos 2017

PENILAIAN OLEH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK SEMPENA PERTANDINGAN IMARAH SURAU SEKOLAH TAHUN 2017



Pada 8 hb Ogos 2017, rombongan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perak yang diketuai oleh Ustaz Salehudin telah mengadakan lawatan ke Surau Al-Madinah, SMK Sri Kota, Taiping bersempena dengan Pertandingan Imarah Surau-Surau Sekolah Tahun 2017.

Mereka telah disambut oleh Pengetua SMK Sri Kota, Ustazah Naemah binti Ramli, Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Madinah.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, diikuti dengan taklimat mengenai perkembangan, aktiviti & program-program Surau Al-Madinah oleh Puan Pengetua, Ustazah Naemah.


Majlis diteruskan dengan sesi taklimat dari pihak Jabatan Pendidikan Perak diwakili oleh Ustaz Salehudin.

Program diakhiri dengan lawatan ke tapak Inovasi Aktiviti dan Inovasi Fizikal Surau Al-Madinah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan